Tuesday, October 22, 2013

Jodoh oh jodoh...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Khamis malam JumAAt


26-09-2013








Berita baik yang mungkin tidak diduga ramai orang.

Bekas penyanyi kumpulan Elite, FIZA dan selamat diijabkabul dengan penyanyi dari Sabah, ADAM. Alhamdulillah. Tanpa kontroversi. Tanpa huha huha... sebuah rumahtangga sudah berjaya dibina wpun umur agak berbeza dan Adam lebih muda.

Tiada isu untuk dipertikai. Bukan laki orang bukan juga isteri orang. Masing-masing bujang. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Moga kesilapan dan kelemahan masa lalu tidak diulangi.


jodoh oh jodoh 1




Seorang kawan baik saya, sehingga hari ini masih membujang. Bukan saya tak pernah tanya. Tapi masa saya tanya dia bagi jawapan camnih:

“Nak cari bini yang macam Azie.”

Cehh...! tak kuasa nak tanya lagi.

Saya harap ada jodoh menanti suatu hari nanti. Semua tu rahsia DIA.




jodoh oh jodoh 2


 ~...HISYAM masih tidak pernah lupa dia pernah menyebut bahawa suatu hari nanti SERI BULAN pasti akan menjadi pendamping abadi walaupun ada ketika SERI BULAN masih kurang percaya, tetapi dia tahu setiap tutur kata HISYAM masih dalam sedar dan penuh yakin lalu dia tidak pernah meragui sepanjang penantian itu walaupun HISYAM masih tidak dapat mengikis tabiat suka melayan sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa terutama anak dara Pak Imam yang semakin ghairah mengajak lelaki itu bercanda di tepi telaga belakang padang berlalang...~















No comments:

Post a Comment