Tuesday, October 22, 2013

Cenderahati Dari Padang Pasir


Assalamualaikum semua ...

Pagi ni sejuk je kan? hujan renyai2.. anak kenit tersumbat hidung tapi umie tetap kena pegi keje sayang, duduklah kamu kat rumah pengasuh elok-elok ye, petang nanti kita jumpa.

Okey, ni kisah semalam .. nak post semalam tak sempat. Kisahnya, tengah syok ngadap blog buat keje, dapat kol dari nombor tak dikenali. 50% hati kata 'angkatlah' tapi 50% lagi kata 'biarkan je, nombor tak kenal tak yah angkat'. Tapi entah kenapa, tangan tak dengar kata otak, selamba je tekan 'hijau' tanda menerima call tersebut.

'Ini Puan ..... ke? ada parcel. Tapi saya tak boleh masuk dalam. Saya kat lobi depan ni, boleh turun sekejap' garu kepala aku. Sebab takde tunggu parcel pun, aku bukan jenis beli barang online. Yang ada pun cuma buku yang aku citer kat en3 semalam, tapi dah collect pun dekat rumah ex pengasuh. Tapi turun jugak, tengok nama pengirim 'wow, sampai jugak akhirnya' menjerit dalam hati je. Dah lama dulu ada 'orang jauh' mintak alamat tapi lama sangat dah, sampai aku pun dah lupa, hihi

Anyway Terima Kasih banyak2 IbuSham atas hadiah comel tu. Nak tengok tak?











cenderahati dari padang pasir 1

tok tok tok

apa di dalam?















cenderahati dari padang pasir 2

masih dalam kotak















cenderahati dari padang pasir 3

kena cari lemari kaca ni, hihi

nanti nak bagi mak satu, mesti mak suka hadiah dari padang pasir ni 


kecik besar, tua muda 


mesti suka bila dapat hadiah


mahal murah itu lain kira


yang penting keikhlasan dari si pemberi


ku terima dengan lapang hati


terima kasih daun keladi


kalau ada, hantar lah lagi


# gurau je ye






korang pun kalau rasa nak bagi hadiah jugak


sila komen, nanti aku inbox alamat untuk pengeposan


 *lawak pagi khamis katanya*






(^_^)










No comments:

Post a Comment