Assalamualaikum semua ...
Pagi ni sejuk je kan? hujan renyai2.. anak kenit tersumbat hidung tapi umie tetap kena pegi keje sayang, duduklah kamu kat rumah pengasuh elok-elok ye, petang nanti kita jumpa.
Okey, ni kisah semalam .. nak post semalam tak sempat. Kisahnya, tengah syok
'Ini Puan ..... ke? ada parcel. Tapi saya tak boleh masuk dalam. Saya kat lobi depan ni, boleh turun sekejap' garu kepala aku. Sebab takde tunggu parcel pun, aku bukan jenis beli barang online. Yang ada pun cuma buku yang aku citer kat en3 semalam, tapi dah collect pun dekat rumah ex pengasuh. Tapi turun jugak, tengok nama pengirim 'wow, sampai jugak akhirnya'
Anyway Terima Kasih banyak2 IbuSham atas hadiah comel tu. Nak tengok tak?
tok tok tok apa di dalam? |
masih dalam kotak |
kena cari lemari kaca ni, hihi nanti nak bagi mak satu, mesti mak suka hadiah dari padang pasir ni |
kecik besar, tua muda
mesti suka bila dapat hadiah
mahal murah itu lain kira
yang penting keikhlasan dari si pemberi
ku terima dengan lapang hati
terima kasih daun keladi
kalau ada, hantar lah lagi
# gurau je ye
korang pun kalau rasa nak bagi hadiah jugak
sila komen, nanti aku inbox alamat untuk pengeposan
*lawak pagi khamis katanya*
(^_^)
No comments:
Post a Comment